Sektor: - Technology, Electronic, Semiconductors, LED, Electric Vehicles.
Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) D&O dilihat uptrend. Sejak Ogos 2020, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat dengan drastik. D&O telah mencatatkan keuntungan dan hasil (revenue) tertinggi dalam QR nya yang terbaru pada 24 Februari 2021. - Dari sudut Teknikal, D&O dilihat menjadikan MA 20 atau mid BB sebagai dinamic support. - Harga kebiasaanya akan pullback sehingga ke paras MA 20 atau mid BB sebelum rebound hingga ke upper BB. - Dalam kenaikan ini, berlaku strong bearish divergence dan ini mungkin boleh dijadikan panduan sebagai langkah berhati² jika ianya berlaku sekali lagi. - MACD juga dilihat sedang cross up di atas paras 0. Kebiasaanya selepas MACD cross up, harga akan mula naik.
Nota kaki: * QR = Quarter Report. * Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan. * Rebound = Harga melantun ke atas. * Mid BB = Middle Bollinger Bands yang merupakan MA 20. * Upper BB = Upper Bollinger Bands yang merupakan garisan di atas mid BB. * Strong bearish divergence = Keadaan di mana harga menaik tetapi oscilator seperti stochastic RSI menurun. Kebiasaanya harga akan menurun.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli .
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.