TradingView
PokMangTrader
Feb 21, 2021 1:05 PM

OPCOM boleh beli ke sekarang? 

Description

Mangalami kenaikkan kesan dari pelan pembangunan 5G Malaysia, OPCOM membuat pembetulan harga. Sekarang sedang menguji sokongan Fib Retracement 0.382, jika tidak bocor maka graf akan meneruskan kenaikkan dan menguji semula rintangan RM0.830. Jika bocor sokongan 0.382 maka lilin akan terus menguji Fib Retracement 0.5 atau 0.618. Jika lilin esok hijau dan melebihi lilin merah sebelum ini maka perhatikan lilin kedua dan ketiga selepas itu. Pengesahan biasanya pada lilin ketiga yang hijau. Sasaran harga seterusnya adalah RM0.975. Namun apapun boleh berlaku. Jika lihat volume harga sebelah kanan, ramai yang sangkut pada harga RM0.780.
More