TradingView
ichivergence_hunter
May 5, 2020 4:14 PM

SMRT Kaunter Super Penny Yang Menarik Untuk Diperhatikan 

SMRT HOLDINGS BERHADMYX

Description

SMRT telahpun memecahkan aras EMA200 di 0.08 dan juga dalam masa yang sama memecahkan awan ichimoku disokong oleh volume yang kuat. Jika dilihat dengan indicator Bollinger Band, SMRT telahpun membuat pattern Bollinger Band breakout seterusnya akan membuat pattern surf bollinger band. Aras rintangan yang perlu dilepaskan adalah garisan menurun 3 tahun (3yr DTL) yang berwarna hitam dan jika dapat dipecahkan terdapat satu lagi rintangan iaitu garisan menurun 5 tahun (5yr DTL) yang berwarna biru di aras 0.150. Jika berjaya dipecahkan, SMRT menarik untuk diperhatikan kerana berjaya menukar trend daripada trend menurun (bearish) kepada trend menarik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Comments
dellaterra
Terbaek.. tgh usha2 jugak konter ni tadi
ahmadizz
Idea sharing kaunter yg mantap! Bila ada Dalang Tangguh Lompat, ketahuilah kaunter tersebut sedang berusaha gigih menewaskan dalang2 tersebut untuk memecut sambil mengayuh lebih jauh lagi. Terbaik!
More