Stok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend menaik ini.
Jangkaan harga mungkin akan: (1) menutup jurang (gap) dahulu sebelum menaik ke atas; atau (2) menembusi garis kipas gann dan terus naik
Struktur menaik akan terbatal jika 2 HL ditembusi iaitu di bawah harga 0.485.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.