Ada personal pm minta analisa buat BAHVEST. Ini komen saya.
Secara teknikal
1) Harga yang sudah naik sejak dua bulan lalu sudah pecah 3 paras rintangan teknikal yang penting, iaitu a) rintangan dari downtrend line b) rintangan dari ascending channel c) rintangan di paras 0.45. 2) Di sepanjang dua bulan ini juga ada nampaknya candlestick bullish marubozu dengan jumlah belian yang tinggi. Ini menunjukan bahawa ada pihak yang ingin menaikkan harga ke paras yang lebih tinggi. 3) Paras rintangan di 0.52 agak penting, sebab di situ lah ukuran 50% fibonacci saya dan jika harga kekal di atas paras 0.52, maka ada kemungkinan target seterusnya akan menjadi 0.57, 0.635 dan 0.72 (menurut Key Fibonacci Levels).
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.