Kalau sebelum ini, saya membuat anggaran bahawa impulsive projection untuk SMETRIC terbatal jika SMETRIC retrace sampai ke 0.470. Tapi, SMETRIC tidak membuat begitu dan kini harganya terus naik melepasi 0.510 atau 61.8 (62%) fibo retracement. Apabila pecah zon 62%, ini bermakna kenaikannya bukan dikira sebagai pantulan daripada kejatuhan, tetapi satu uptrend rally.
Jika SMETRIC mampu memecahkan kawasan 0.550, maka SMETRIC bakal menemui rintangan seterusnya iaitu di 0.610. Para pedagang boleh ambil untung di kawasan selepas 0.610 sen atau 1.618 kawasan fibo, sebelum satu pullback (kejatuhan 5-10%) berlaku di kawasan itu yang menandakan tamatnya wave 3.
Walaubagaimanapun, projection ini terbatal sekiranya SMETRIC retrace melepasi 0.510 sen.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.