Saham syarikat Advanced Micro Devices dilihat bergerak membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan lalu
Harga kini dilihat berada berdekatan dengan sokongan RBS garisan arah aliran menurun Petunjuk RSI mingguan dilihat hampir memasuki kawasan ''overbought'' menunjukkan terdapatnya momentum Volum dilihat meningkat ketika harga membuat kenaikan di atas RBS garisan arah aliran menurun Walaubagaimanapun harga pembukaan dilihat lebih rendah berbanding hari sebelumnya selepas perolehan diumumkan pasca pasaran Namun sekiranya harga mampu tutup lebih tinggi dan bertahan di atas sokongan tidak mustahil harga membuat kenaikan
Ke manakah halatuju harga saham ini? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.