Aneka kelihatan telah membuat puncak tertinggi tepat di paras 1.618 bersesuaian dengan ratio sinonim dengan Wave 3 atau C.
Kelihatan kejatuhan selepas itu hanya bermain dalam saluran korektif, yang membuatkan admin cenderung melabelnya sebagai gelombang 4 dan menantikan satu lagi ketinggian yang baru (new high).
Paras RM0.3 bertepatan dengan paras kluster sokongan Fibonacci, dan mungkin berpotensi untuk bertahan.
Sekiranya paras invalidasi RM0.28 tidak dibolosi, admin menantikan satu gelombang kenaikan lagi sehingga ke paras RM0.385 - RM0.4.
Admin akan mengambil untung di paras tersebut dan henti rugi di paras RM0.28.
Sekadar perancangan jual beli saham peribadi.
Abang Doji . Boleh follow saya di Channel dan Tradingview ya.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.