Semakin tinggi kesukaran, semakin besar kepuasan dalam mencapainya. Juruterbang yang mahir menaikkan reputasi mereka melalui ribut dan taufan.
- Epictetus.
Hai semua! 👋
Pada minggu ini, kami fikir ianya adalah menarik untuk menyentuh mengenai satu topik yang kurang diperkatakan: psikologi prestasi - dan membincangkan mengenai hubung kaitnya dengan Dagangan. Secara khususnya, kami akan melihat kepada persoalan ini: Apakah yang sebenarnya memacu prestasi cemerlang dari seorang pedagang dari pedagang yang lain?
Dari satu sudut pandangan proses, ada banyak perkara-perkara yang boleh diambil oleh pedagang-pedagang berwawasan dari disiplin-disiplin prestasi lain (contohnya sukan) untuk lebih memahami langkah-langkah penting dalam mencapai apa yang diimpikan. Jom mula!
Masa adalah elemen biasa untuk kepakaran ⏰
Kepakaran memerlukan masa untuk dibina. Permulaannya menerusi penerokaan, kemudian pembinaan ilmu, dan latihan yang disusun dengan baik.
Untuk melaburkan satu jangka masa dan usaha yang besar untuk mencapai kepakaran, seseorang individu selalunya mempunyai ikatan emosi dengan bidang itu, sekaligus mencipta satu hubungan jangka panjang.
Yang selalu kelihatan di dalam hampir semua pedagang-pedagang berprestasi sangat tinggi adalah wujudnya satu kecintaan yang mendalam kepada berdagang itu sendiri. Ini bermaksud satu kecintaan kepada menganalisa carta-carta, membuat strategi-strategi, memerhatikan pasaran, dan cuba untuk menyusun setiap cebisan bersama-sama di dalam minda mereka. Di dalam ruang lingkup ini - Berdagang bukanlah satu pekerjaan, ia adalah KEMAHIRAN. Jika anda hanya menyukai status, gaya hidup atau pendapatan, berkemungkinan anda tidak akan mencapai ketinggian sebenar di dalamnya. Pedagang-pedagang berprestasi tertinggi menghabiskan berjam-jam masa berusaha dalam dagangan mereka; bukan kerana mereka MAHU, tetapi kerana mereka MENYINTAI nya.
Mencari satu nic ❤️
Yang terhebat tidak menjadi hebat disebabkan mereka bekerja keras; mereka bekerja keras kerana mereka menjumpai satu nic yang bagus: satu bidang yang menyerlahkan bakat, minat dan imaginasi mereka. Pelempar bola besbol terbaik di dunia mungkin boleh menjadi seorang pemukul bola yang teruk.
Jika anda masih awal di dalam perjalanan anda (atau masih sesat), boleh dipertimbangkan untuk mencari satu nic yang anda sehati sejiwa dengannya. Satu kepentingan yang besar diletakkan pada nic-nic di dalam pekerjaan-pekerjaan lain dan institusi-institusi di dalam bidang kewangan, dengan hospital-hospital dan bank-bank mempunyai program-program penggiliran untuk mendedahkan pekerja-pekerja baru kepada pengalaman-pengalaman berbeza.
Kenapa tidak pedagang-pedagang individu melakukan ini juga? Satu cara yang bagus untuk memusatkan pemikiran anda ialah dengan membina satu program penggiliran untuk diri anda. Di sini ada satu senarai untuk kelas-kelas aset & gaya-gaya dagangan paling popular. Google setiapnya, atau cari idea-idea di sini di TradingView, dan lihat yang manakah yang paling bersesuaian dengan anda. Letakkan diri anda untuk kepakaran jangka panjang dengan mencari sesuatu yang anda minat melakukan siang dan malam.
Kelas-kelas Aset Cair: -Saham -Mata Wang -Mata Wang Kripto -Pasaran Hadapan -Pendapatan Tetap -Ketidakstabilan
Gaya (Rangka Masa): -Intrahari - masa pegangan adalah dari saat ke jam -Ayunan - masa pegangan adalah dari hari ke minggu -Posisi - masa pegangan adalah dari minggu ke bulan
Gaya pegangan manakah yang sesuai dengan anda? Apakah topik yang anda berminat untuk mempelajari?
Proses Pembelajaran ✅
Di dalam berdagang dan di dalam kehidupan, kita selalu mendengar pernyataan "Kemahiran datang dari latihan". Pernyataan yang lebih tepat mungkin adalah "Kemahiran datang dari latihan yang sempurna". Bagaimana masa latihan disusun itulah yang membezakan di antara seorang yang cemerlang yang mempunyai pengalaman lima tahun dengan seorang yang mempunyai pengalaman satu tahun yang diulang sebanyak lima kali. Jadi, bagaimanakah anda patut menyusun latihan anda?
Di dalam psikologi prestasi, ada satu konsep yang dikenali sebagai "gelung pembelajaran". Ia mempunyai tiga bahagian.
Perkara ini adalah penting, kerana maklum balas adalah kunci kepada kemajuan. Berdagang adalah satu sukan solo, yang bermaksud mengenalpasti bagaimana untuk menubuhkan satu proses maklum balas yang membenarkan muhasabah diri adalah sangat kritikal.
P/L adalah maklum balas, tetapi ia boleh menjadi satu masalah jika hanya menggunakannya sebagai satu-satunya mekanisma maklum balas. Pedagang terbaik yang melaksanakan dagangan terbaik juga masih boleh tidak berjaya dalam hari-hari tertentu. Proses adalah raja. Dapatkan maklum balas daripada prestasi anda yang tidak berkaitan dengan P/L supaya anda boleh menjejak input kepada proses membuat keputusan anda. Ada pedagang yang mengambil banyak nota, ada yang merekodkan skrin mereka dan ada yang merekodkan titik-titik data yang tidak berkaitan dengan P/L (jumlah masa tidur, penghidratan, mood dll).
(kami mempunyai satu ciri nota-nota dibina ke dalam carta yang anda boleh gunakan untuk tujuan ini.)
Jika anda mengumpulkan semua perkara-perkara ini untuk mencipta satu rangka tindakan jangka panjang untuk membina kepakaran, ia sepatutnya kelihatan seperti ini:
1.) Cari apa yang anda betul-betul sukakan mengenai dagangan 2.) Terokainya dengan lebih mendalam 3.) Kekal dengannya sepanjang masa dan benarkan keseronokan dalam diri anda memotivasikan anda sepanjang perjalanan naik dan turun 4.) Strukturkan prestasi anda sepanjang masa itu dalam satu cara yang anda boleh keluarkan maklum balas untuk diri anda 5.) Masukkan maklum balas itu untuk sentiasa menaiktaraf proses anda. Jadikan gelung-gelung pembelajaran menjadi enjin anda untuk prestasi jangka panjang.
Harap anda seronok membaca ini dan jaga keselamatan anda!
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.