Jika Benar Fikiranmu

112

Jika Benar Fikiranmu. Kesungguhannya memperlihatkan potensi untuk ke atas andai berjaya capai rintangan 0.690. Coraza telahpun membukti pecahkan setahun yang tertinggi (52wh) pada Jumaat lalu.

Semalam dia begitu unggul dengan top volume, harus diulanginya sekali lagi kalau benar apa difikir.
Memberanikan diri dan bersedia juga andai dia mencuba berehat terlebih dahulu sebelum teruskan perjalanan.

Boleh dapatkan SNR dengan gann sebelah kanan chart dan support yang dilukis dalam kotak.


TENTANG CORAZA
Coraza Integrated Technology Bhd. terlibat dalam bahagian kepingan logam untuk produk instrumentasi. Ia melibatkan pemotongan, lenturan, kimpalan, pengilangan, pusingan dan proses lain yang berkaitan seperti menggilap untuk menghasilkan produk logam perantaraan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Nibong Tebal, Malaysia.


forstudy@JustTradeIdeas

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.