Saham syarikat Crowdstrike Holdings Inc dilihat bergerak membuat pembetulan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta kepala & bahu Harga dilihat masih lagi bertahan di atas sokongan corak carta berkenaan dan membuat kenaikan semula Analisa volum walaubagaimanapun mendapati masih terdapat minat belian berdekatan paras sokongan RBS Petunjuk RSI mingguan juga dilihat masih berada di bawah garisan pertengahan namun belum memasuki 'oversold' Harga dikatakan cenderung membuat penurunan sekiranya terdapatnya 'breakout' memecahkan sokongan dengan volum
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.