FBMKLCI: di dagang kan dalam range 1660 1680


Melihat pada carta harian FBMKLCI hari ini, semua saham yang jatuh semalam telah memberikan reaksi yang positif terhadap paras sokongan nya. kejatuhan semalam telah berhenti di kehampiran paras sokongan 1660 apabila di tutup pada paras terendah 1664 semalam. dan hari ini, banyak saham saham telah membuat kenaikantetapi tidaklah sehingga membuat ketinggian yang baru atau telah melepasi ketinggi yang lepas. oleh itu, para pelabur akan menunggu pengesahan pada hari esok untuk melihat jika saham saham yang telah membuat kenaikan hari ini benar-benar mempunyai momentum yang kuat, atau apakah hanya reaksi terhadap paras sokongan sahaja. jika ia hanyalah reaksi terhadap paras sokongan sahaja tanpa ada momentum yang yang kuat maka, kenaikan hari ini mungkin hanyalah sesuatu yang bersifat sementara. oleh itu, kita akan harus menanti esok hari untuk mendapatkan pengesahan. secara teknikal tiada perubahan terhadap paras petunjuk yang mana masih lagi negatif, cuma, pada carta candlestick , ada kelihatan potensi pembentukan corak bullish harami. satu bentuk bullish reversal pattern yang selalu terjadi apabila pasaran berkemungkinan bottom.
Trend Analysis

Disclaimer