HEXTAR dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi sokongan dan rintangan garisan trend
Namun, jika diperhatikan pada volum seakan terdapat anomali pada pergerakan harga Volum penyertaan dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat tinggi yang baharu Kenaikan yang sihat seharusnya disertai dengan volum yang turut sama meningkat Pergerakan volum yang bercanggah dengan pergerakan harga kebiasaanya adalah petunjuk kelemahan Petunjuk RSI dilihat berada di zon positif namun sudah terletak di bawah garisan purata RSI harian Meskipun begitu, harga dikatakan masih bergerak dalam keadaan menaik selagi mana masih mematuhi sokongan garisan menaik
Sama-sama kita perhatikan halatuju seterusnya
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.