Carta masa bulanan INARI dilihat melakukan kenaikan lebih dari setahun dagangan yang lalu
Carta bulanan terkini memperlihatkan pembentukan 'bearish divergence' mengisyaratkan kelemahan dalam kenaikan harga Analisa volum mendapati jumlah volum adalah tidak selari dengan pembentukan lilin bulan dagangan yang lalu Hal ini menunjukkan terdapat kemungkinan harga sudah mencapai klimaks kenaikan dan bersedia melakukan pembetulan Harga dijangka akan membuat pembetulan dengan mencari EMA20 bulanan sebagai sokongan dinamik terdekat Walaubagaimanapun, petunjuk MACD belum melakukan persilangan. Namun histogram MACD sudah menunjukkan kelemahan
Trend jangka masa panjang dilihat masih lagi berada dalam pola kenaikan
Penafian *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.