K-One Technology dari sektor Technology dilihat semenjak 14 April 2020 telah beberapa kali cuba memecahkan line 200 untuk berubah dari sebuah kaunter downtrend kepada uptrend.
Walaupun daily kelihatan kaunter ini telah mulai penat dan momentum semakin berkurangan, masih terdapat harapan kerana di weekly dan monthly permainan baru sahaja bermula buat kaunter ini. Di musim kawalan pergerakan di kebanyakan negara termasuk di Malaysia, sektor Technology dilihat masih berdaya saing dan permintaan terhadap teknology terutamanya khidmat atas talian adalah sangat memberangsangkan.
Ditambah pengumuman syarikat semalam bahawa pihak syarikat telah memperolehi kebenaran dari pihak MITI untuk meneruskan operasi syarikat, diharap dapat memberikan batu loncatan untuk syarikat menjadi lebih maju terutamanya pada sub produksi syarikat yang berkaitan dengan medical & healthcare dimusim-musim Covid 19 ini.
Diharapkan juga kaunter ini dapat memecahkan penanda aras 52W high iaitu pada harga RM 0.285 sebelum berakhirnya tahun 2020.