NYLEX dilihat seakan cuba membentuk corak carta segitiga menurun dan kini sedang berlegar dalam kawasan corak terbabit
Jika dilihat pada volum hari terakhir, terdapat anomali yang berlaku di mana pembentukan candlestick adalah tidak selari dengan jumlah volum berbanding hari sebelumnya Pergerakan harga bagi kaunter ini belum jelas dapat dipastikan namun berdasarkan MACD terdapat kemungkinan untuk harga terus turun andainya tiada volum hadir memecahkan corak carta RSI dilihat masih berada di bawah paras 70 yang menunjukkan masih kurangnya momentum untuk menolak harga naik ke atas Namun EMA 20, 50, 100 dan 200 menunjukkan pergerakan masih dalam keadaan uptrend menyukarkan lagi jangkaan Harga dijangka akan berlegar-legar dalam kawasan 0.885 hingga ke 0.815 dalam masa beberapa hari terdekat
Menarik untuk diperhatikan
Nota: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.