EMAS (Semakin Membimbangkan?)

Emas sekarang berada di paras support terkuat iaitu pada sekitar harga RM 230/gram. Ini merupakan kali keempat emas turun ke paras ini sejak April 2020.

Pada pertengahan Julai 2020, emas telah berjaya melepasi harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai support terbaru. Kemudian, tidak lama selepas itu emas turun semula di bawah harga RM250 +/- dan menjadikan paras ini sebagai resistance semula. Emas juga telah jatuh di bawah MA 200 menjadikan emas berada dalam keadaan downtrend.

Satu bentuk atau pattern yang yang menarik dapat diperhatikan dalam graf ini iaitu 'head and shoulders'. Pattern ini kebiasaannya mendorong harga untuk jatuh kebawah lagi. Adakah harga emas akan rebound semula atau akan jatuh dengan drastik?

Nota kaki:
* Support = Lantai. Kebiasaannya harga akan naik semula apabila turun sampai ke paras lantai ini.
* Resistance = Rintangan / Bumbung. Kebiasaannya harga akan turun semula apabila sampai ke paras rintangan ini.
* MA 200 = Moving Average 200. Purata pergerakan harga untuk 200 hari kebelakang. Kebiasaanya apabila harga berada di atas MA 200, harga dikira stabil dan menaik manakala apabila harga berada di bawah MA 200, harga dikira membimbangkan dan menurun.
* Downtrend = Harga menurun.
* Rebound = Melantun semula ke atas.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan dimana lantai menjadi rintangan / bumbung.
* Head and Shoulders = Kepala dan Bahu. Kebiasaanya bentuk ini menggambarkan bahawa harga akan menurun.
Chart PatternsdealerEMASGoldgoldideaHead and Shouldersma200publicgoldTrend Analysis

Also on:

Related publications

Disclaimer