Pelabur

TRC - kenaikan daripada bulatan berkembar

Long
MYX:TRC   TRC SYNERGY BHD
1. Sebuah bulatan berkembar yang besar dan cantik terbentuk pada saham ini, dan berakhir dengan kenaikan yang kuat melepasi garisan jambatan (resistance).
2. Target price menggunakan corak carta ini ialah RM0.710 (seterusnya RM0.795), dan cut loss disarankan pada paras RM0.54 ke bawah.
3. TRC Synergy Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan, dengan pemegang saham terbesar terdiri daripada institusi besar seperti Tabung Haji (banyak menjual pada bulan lepas tetapi masih mempunyai pegangan besar), beberapa dana Kenanga, KWAP & EPF.
4. Kesihatan kewangan syarikat berada paras yang memuaskan walaupun mempunyai sedikit sebanyak hutang yang perlu diselesaikan.
5. Boleh dipantau dan mencari entry mengikut cara masing2 (BOB, BOD dan BOS).

Penafian/Disclaimer: Penulisan ini merupakan pendapat dan analisis daripada unit pengkaji iSaham dan bukan saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Sila faham risiko membeli dan menjual saham kerana instrumen saham merupakan antara instrumen yang berisiko tinggi. Segala keputusan membeli dan menjual perlu dibuat oleh pelabur atau pedagang sendiri.
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.