SAPNRG - Permata Tersembunyi

Sapura Energy. Salah satu syarikat servis O&G pilihan saya. Kita simpan dan tunggu. (OPEC effect dah nak nampak, dan jangan trump kacau lagi lah)

Untuk FA
QR4 pada hujung March 2019. Menjangkakan jurang kerugian akan berkurangan/sesuatu yang baik :)

- Sudah menggengam kontrak sebanyak RM760 Mil (2 tahun) untuk drilling, E&C-engineering dan construction, (kapal2 dan rig2 sapura nampak merata2 dah)
- Balance orderbook RM 19.4 bil.... bnyak tuh, ini kontrak utk aktiviti di Malaysia, Australia, India, Mexico, Nigeria and Saudi Arabia (akan busy utk 3 tahun akan datang)
- Drilling ni utk serve Chevron, Shell, PCSB
- E&C utk Petronas Floating LNG dan Hess Exploration
- "Partner of Choice" oleh OMV (Austria industri listed company - player baru di asia pasifik )
-pembelian 50% stake daripada OMV (RM3.3 Bil cash), juga pasti bnyak membantu sapura utk melangsaikan hutang2 yg sebelumnya dan utk terus maju kehadapan
- Dah ada field dengan jumlah 10,000 barrel sehari, (next target 30K bbl/d utk 2020). Utk minyak malaysia ni kita follow rapat harga Brent.
- Baru2 ini berjaya menaikkan RM4 bilion melalui isu hak "right issue", posisi yang baik untuk menambahkan lagi aktiviti/projek dalam industry O&G
- Dan banyak lagi... Bank analis pun dah penat call dengan TP yg agak menarik, bole lah baca report mereka untuk pencerahan lebih lanjut.

Untuk TA
"Price discount everything"
- nampak tak volume besar yg masuk sebelum ini.. pastinya investor2 yg juga suda selidik lagi dalam mengenai syarikat ini untuk turut serta utk melabur dengan syarikat yg mereka yakin. pertukaran tangan unit (volume) yg besar.. pastinya trader2 short term dah terlepas
-hint kedua, garisan downtrend dah lepas. skrg ni dalam fasa 2. utk nak lebih yakin lagi, tunggu rintangan keras 0.32 utk dipecahkan (tapi mcm tak lama je lepas nie)
- Sokongan kuat pada 0.26, harga semasa juga pada aras EMA50
-retracement adalah masa yg terbaik utk peluang kedua kepada yg berminat

utk syarikat yg berpotensi pada baik/cerah pada masa hadapan.. xkan harga 3posen je kan....
tapi.. pastinya akan ada berlaku trader shakeout selepas ini.


*ini bukan buy call, tapi utk kita lagi selidik sebelum membuat keputusan.

Fundamental AnalysisSupport and Resistance

Disclaimer