Saham AAPL telah memecahkan 52WH pada 15 July 2021 pada harga 150usd. Kemudian saham ini mengalami penurunan dan gap down yang banyak pada 19 July 2021.
Tetapi saham ini telah berjaya mengorak langkah untuk kembali di atas landasan channel atas dan meneruskan kenaikkan. Dan kenaikkan ini melepasi Tenkan, dan paras Tenkan ini juga boleh dijadikan aras support.
Dengan keadaan dinamik support MA20 dan MA50 yang mendonggak, ini menunjukkan kaunter ini masih mempunyai momentum untuk meneruskan kenaikkan.
Selain itu, keputusan 'Earning' akan dikeluarkan pada 27 July 2021. Setakat ini saham ini mempunyai prestasi cemerlang. Berkemungkinan saham ini akan meneruskan kenaikkan, mampukah?
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.