AEON membuat lantunan keatas setelah gagal merentasi kawasan sokongan. berkemungkinan berlaku pembetulan harga sekiranya harga mampu membuat jatuhan dibawah kawasan sokongan. corak kepala dan bahu terbatal sekiranya harga melepasi bahu kanan dan kepala.
AEON Co (M) Bhd kembali gelap pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 (3QFY2022), mencatatkan keuntungan bersih RM10.97 juta berbanding kerugian bersih RM18.67 juta dalam tempoh sama tahun lepas, atas sumbangan hasil yang lebih kukuh daripada kedua-dua perniagaan runcit dan segmen perkhidmatan pengurusan hartanya.
Memandang ke hadapan, AEON Co memerhatikan bahawa cabaran rantaian bekalan global ditambah lagi dengan gangguan alam sekitar dan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini di tengah-tengah peningkatan permintaan pengguna, terus mewujudkan tekanan inflasi di seluruh dunia.
Untuk memastikan operasi dan prestasi perniagaan yang mampan, AEON Co berkata ia akan secara aktif menguruskan penetapan harga dan strategi rantaian bekalan untuk menawarkan nilai dalam perbelanjaan pengguna dan keperluan permintaan berdasarkan kebimbangan inflasi yang berterusan.
AEON mencatatkan hasil yang kurang baik pada Q3 Sep 22 sebanyak RM982,011,000 berbanding Q2 Jun 22 RM1,095,445,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM113,434,000. Keuntungan bersih turut berkurang bagi Q3 Sep 22 RM 10,969,000 jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM47,283,000 mencatat perbezaan sebanyak RM36,314,000.
Pemegang saham utama bagi AEON terdiri daripada AEON CO LTD 51.00% sebanyak 716,040,000 unit saham yang bernialai 988.14M , diikuti EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD 10.60% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 148,673,600 unit saham dengan nilai sebanyak 205.17M .
corak carta : kepala dan bahu
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.