Membaca Chart sebelah Kanan : Zon Manipulasi #EURUSD

Kita cuba bayangkan setiap titik perubahan trend, adanya zon liquid (liquidity pool) yang pedagang-pedagang institutsi/bank mencuba cari bagi mendapatkan kecairan pasaran (liquidity) datang dari buy stops dan sell stops dari "retail traders". Buy Stops dan Sell Stops tersebut kebanyakkan nya datang dari stop loss yang disimpan oleh Retail Traders bekenaan.

Hari Isnin (khususnya antara sesi Sydney Open dan beberapa minit sebelum sesi London buka) kebiasaannya masa pedagang-pedagang institutsi dan bank akan memulakan sesi stop hunting mereka bagi mendapatkan "liquidity" sebelum membuat order yang besar yang mana akan memulakan trend untuk minggu itu.

Rancangan saya untuk sekurang-kurangnya hari Isnin, adalah untuk mencuba masuk apabila harga masuk/memecah dan tutup dikawasan manipulasi dan menunggu trigger disana.

*Bagi memahami konsep-konsep analisa saya, cuba baca idea -idea lepas yang saya share (bahasa inggeris) dahulu.
Beyond Technical AnalysisbruneimalaysiastophuntTrend Analysis

Also on:

Related publications

Disclaimer