FB pada selang masa mingguan dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan lalu mematuhi saluran menaik
Harga pada ketika ini dilihat berada berdekatan dengan paras sokongan saluran dan juga sokongan dinamik MA50 mingguan Jika diperhatikan pada histogram MACD, pergerakan harga seakan telah membentuk 'divergence kenaikan tersembunyi' tatkala harga turun membuat 'low' yang baharu berdekatan dengan sokongan saluran menaik terbabit RSI mingguan bagaimanapun dilihat masih berada di paras pertengahan dan belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat Lilin pada selang masa mingguan juga dilihat masih menguji dan berada di bawah rintangan MA200 harian (tidak ditunjukkan) Mampukah bertahan atau terus membuat kejatuhan?
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.