aihafizal.fx

25-Nov-2020: DNEX cari timing (WL dulu)

Long
MYX:DNEX   DAGANG NEXCHANGE BERHAD
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sedikit pandangan dan perkongsian berkenaan kaunter dari sudut pandang teknikal. Seperti biasa kaunter yang dikongsikan lebih kepada bersifat swing jangka pendek.

Analisis
Kita memerhatikan pergerakan harga terlebih dahulu dimana apa yang dapat dilihat adalah:-
1. Harga semasa berada diatas MA20 & MA50
2. Harga menguji paras MA20 DTF (24/11/2020)
3. Volume DTF mula menampakkan bibit hijau.

Namun kita masih perlu berhati2 kerana:-
4. Volume WTF masih merah(minggu ini tekanan seller)
5. Harga berada di pasar MA20 WTF
6. MACD di DTF juga masih 50-50 sebab tengah merapat (potensi naik/turun masih belum jelas

Rancangan pembelian
1. Boleh perhatikan dan masukkan dalam WL (perati rapat sekiranya ada petanda minat membeli meningkat)
2. Boleh rujuk transaksi di platfrom broker untuk lihat buy%
3. Boleh perhati dan join samaada ketika mencecah zon potensi buy + buy% besar

Perhatian
Namun harus diingat kita masih berada diambang pergolakkan politik yang mungkin boleh merencatkan pergerakan harga/nilai saham. Jadi harus bersedia untuk menghadapi risiko dan sila jaga paras risiko masing-masing ya.


Semoga bermanfaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.