FauziSaham

KLCI belum beri tanda jelas namun ada positifnya

Long
FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE Bursa Malaysia KLCI Index
Pada artikel saya yang lepas, saya menyatakan minggu ini jadi penentu hala tuju KLCI. Namun sehingga ke akhir minggu ini, ianya belum memberi kata putus yang jelas.

Saya ada menunjukkan zon sokongan KLCI pada artikel lepas. Minggu ini bermula hari Isnin KLCI terus patahkan sokongan tersebut mungkin didorong oleh parlimen yang mula bersidang (pasaran global dalam keadaan baik). Bukan sahaja patah zon sokongan tersebut, bahkan patah sokongan awan ichimoku di carta harian.

Seterusnya KLCI menunjukkan penolakan pada bearish dengan bukaan jurang pada hari Selasa dan membentuk corak Bullish Harami serta kembali memasuki awan Ichimoku.

Bermula dari situ prestasi pasaran bursa agak baik dengan volume yang tinggi walaupun value yang rendah, menunjukkan kaunter-kaunter penny menjadi tumpuan. Banyak kenaikkan besar yang berlaku.

Namun indeks KLCI masih gagal memasuki semula Zon Sokongan (garisan hitam) hingga ke hari terakhir minggu ini. Cumanya terdapat beberapa petanda baik iaitu berlakunya penolakan bearish, dan indeks telah melepasi garisan Tenkan Ichimoku (isyarat awal bullish). Jadi indeks masih lagi di persimpangan bearish atau bullish.

Nak atau tidak kita terpaksa menunggu minggu hadapan pula. Ianya akan memberi isyarat bullish yang jelas sekiranya berjaya memasuki balik atau berada di atas zon sokongan (garis hitam). Dan isyarat bearish yang jelas sekiranya dia memantul ke bawah dan melepasi low candle Selasa sekitar 1664.

Pandangan peribadi saya, pasaran akan berada dalam keadaan yang baik. Ini bersandarkan pemerhatian saya sendiri, banyak kaunter baru keluar dari fasa accumulation (pengumpulan) dan memasuki fasa mark up. Banyak juga kaunter yang kelihatan telah bertemu bottom, dan yang sedang cuba untuk keluar dari fasa accumulation.
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.