Meem

INDEKS TEKNOLOGI: Kekurangan Momentum?

MYX:TECHNOLOGY   Bursa Malaysia Technology Index
Sektor teknologi Malaysia dilihat melakukan kenaikan bermula sekitar hujung Jun tahun lalu dan masih melakukan kenaikan sehingga kini

Trend sektor ini secara umumnya dilihat masih berada dalam trend menaik
Namun, jika diperhatikan carta pada selang masa mingguan, paras RSI menunjukkan terdapatnya pembentukan 'bearish divergence'
Sektor teknologi dilihat membuat kenaikan baharu sementara petunjuk RSI semakin menurun, hal ini kebiasaannya menunjukkan pengurangan momentum
Para pedagang dan pelabur dinasihatkan untuk menyemak dan mematuhi pelan dagangan masing-masing

Adakah sektor teknologi akan melakukan pembetulan atau terus melakukan kenaikan? Sama-sama kita nantikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.