bookmapgold

GOLD Bakal Turun Semula?

Short
OANDA:XAUUSD   Gold Spot / U.S. Dollar
GOLD pada timeframe daily D1 telah membuat penurunan pada Jumaat 7 Oktober dan telah membentuk bearish engulfing. Ini bermakna zon resisten (1699.357 – 1729.643) baru telah terbentuk dan kebarangkalian untuk ia membuat penurunan amat tinggi. Walaubagaimana pun ada 2 situasi berkemungkinan akan berlaku iaitu samada ia akan terus membuat penurunan atau ia akan naik sementara untuk menguji harga di dalam zon resisten sebelum membuat penurunan semula. Jangkaan penurunan adalah sehingga ke zon support yang terdekat (1614.825 – 1643.756). Para pedagang kini berpeluang untuk entry sell berpandukan kepada analisa dan kefahaman masing-masing. Sasaran terdekat (TP) adalah di zon support seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Entry dalam zon yang tepat akan memberikan peratusan keuntungan yang tinggi dan mengurangkan risiko loss. Penggunaan pengurusan kewangan (MM) yang sesuai akan membuatkan akaun dagangan akan lebih stabil dan konsisten.

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.