naimmp98

UCREST (Segitiga Berlantaikan Sokongan Dinamik)

MYX:UCREST   UCREST BERHAD
Sektor:
- Technology Equipment.

Idea analisis:
~Teknikal~
- UCREST dilihat membentuk symmetrical triangle dengan menjadikan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, UCREST dilihat sedang mencuba untuk rebound di atas MA 50. Ini dibuktikan oleh 2 signal:
1) Candlestick berbentuk morning star.
2) Stochastic RSI hampir cross up di paras oversold.
- Berkemungkinan harga akan rebound setelah stochastic RSI melakukan cross up.
- Walaubagaimanapun, volume masih tidak signifikan untuk mengatakan harga akan rebound.
- Jika UCREST mampu rebound dan BDTL atau breakout symmetrical triangle, harga mampu menuju ke paras harga RM 0.665.

~Fundamental~
- Dalam 10 quarters terkini, UCREST dilihat tidak membuat keuntungan secara konsisten. Walaubagaimanapun, keuntungan UCREST adalah meningkat YoY sebanyak 42.49%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings-'. Jadi, anda tidak disarankan membeli saham ini jika belum mahir cutloss.
- Perolehan UCREST yang terkini agak tinggi. Ini menjadikan perolehan UCREST QoQ dan YoY meningkat masing² sebanyak 555.96% dan 44.25%. Walaubagaimanapun, secara overall, peningkatan perolehan UCREST adalah tidak konsisten.

Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.