Sektor: - Power Utilities, Trading & Services, Industrial Engineering, Industrial Products & Services, EV Charger, Electric Vehicles (Sumber: iSaham).
Idea analisis: ~Teknikal~ - Setelah berjaya melengkapkan major wave 1, PESTECH kini dalam proses melengkapkan major wave 2 pula. - Dalam wave 2 ini, PESTECH dilihat membentuk pattern zig zag (terdiri daripada minor wave A - B - C) dan sekarang dilihat berada di wave terakhir zig zag iaitu minor wave C. - Minor wave C pula terdiri daripada lima sub minor dan PESTECH kini berada di sub minor 5. - PESTECH perlu melengkapkan sub minor wave 5 ini dahulu sebelum meneruskan kenaikan. - Jika diperhatikan, sebelum ini muncul signal 'hidden bearish divergence' pada sub minor wave 4 sebelum harga meneruskan penurunan menuju ke sub minor wave 5. - Signal 'hidden bearish divergence' ini menandakan momentum pembelian yang kuat tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan yang masih lebih kuat. - Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga mungkin akan rebound dan berkemungkinan juga harga telah berjaya melengkapkan sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave C dan juga major wave 2. - Jika PESTECH tidak berjaya rebound dengan signal divergence ini, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan sehingga ke atas mana² paras fibonacci ini: 1) 78.6% (retracement major wave 2 daripada major wave 1) pada paras harga RM 0.820. 2) 127.2% (daripada sub minor A) pada paras harga RM 0.770. 3) 88.7% (retracement major wave 2 daripada major wave 1) pada paras harga RM 0.745. - PESTECH juga boleh meneruskan penurunan melebihi ketiga² paras fibonacci ini tetapi tidak boleh melepasi permulaan harga major wave 1 pada paras harga RM 0.665. - Jika PESTECH jatuh dibawah paras harga RM 0.655, major wave 1 adalah tidak valid dan perlu kepada pengiraan semula wave. - Jika PESTECH berjaya melengkapkan major wave 2 ini, harga berpotensi untuk menuju ke major wave 3 pula pada paras fibonacci 161.8% pada paras harga RM 2.085.
~Fundamental~ - Keuntungan dan perolehan (revenue) PESTECH YoY adalah menyusut masing² sebanyak -27.5% dan -2.79. - PESTECH merupakan saham pegangan institusi² @ jerung² Malaysia antaranya: 1) Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (pegangan sebanyak RM 20.83 juta). 2) Citibank New York (pegangan sebanyak RM 14.37 juta). 3) AIA Bhd. (pegangan sebanyak RM 13.18 juta). 4) EPF (pegangan sebanyak RM 10.94 juta). 5) Kenanga (pegangan sebanyak RM 9.03 juta). 6) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 6.2 juta).
Nota kaki: * Major wave = Nombor hijau yang dibulatkan. * Minor wave = Nombor dan huruf dalam kurungan. * Sub minor wave = Nombor hitam yang dibulatkan. * Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik (higher high). * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'. * Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER: Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.