SYSTECH (Momentum Penjualan Semakin Berkurang)

Updated
Sektor:
- Technology, Penny Stocks, Trading & Services, IT Solutions/ IT Product, Software, Cryptocurrency (Sumber: iSaham).

Analisis Teknikal:
------------Umum------------
- Harga masih berada di bawah MA 200 menandakan SYSTECH masih downtrend untuk longterm.
- Harga dijangka sedang membuat reversal dengan dua justifikasi:
1) Pembentukan candlestick three outside up. Walaubagaimanapun, kekuatan bentuk ini mungkin lemah kerana diakhiri dengan candlestick doji.
2) Signal 'strong bullish divergence' yang menandakan kejatuhan harga tidak disokong oleh momentum penjualan lagi. Signal ini sangat perlu diberi perhatian kerana ia ditunjukkan oleh lima oscillator iaitu Histogram MACD, Line MACD, RSI, Stochastic RSI dan AO.
- Jika harga berjaya reversal, SYSTECH berpotensi menuju ke MA 200 dahulu yang merupakan RBS SYSTECH.
- Kemudian, harga mampu menuju ke resistance terkuatnya sebelum ini pada paras harga RM 0.350 - RM 0.350.
- Jika SYSTECH mampu mengekalkan momentum kenaikan, harga juga mampu menuju ke paras harga RM 0.675.
- Paras harga RM 0.200 juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan 'psychological price'. Ini boleh dijadikan support terkuat SYSTECH.
- Jika SYSTECH tidak mampu bertahan di atas paras harga ini, harga mungkin akan jatuh lagi sehingga ke paras harga RM 0.175 iaitu kejatuhan sebanyak 12.50% daripada harga RM 0.200.

------------Elliott Wave------------
- SYSTECH dilihat telah berjaya melengkapkan major wave 2 dan sedang membuat major wave 3. Ini disokong oleh 2 justifikasi iaitu pembentukan candlestick three outside up dan signal bullish divergence seperti yang telah diterangkan di atas.
- Major wave 2 telah membentuk pattern kompleks iaitu double three dan kejatuhan wave 2 adalah sebanyak 61.80% (0.618 kali ganda) daripada wave 1.
- Harga mungkin akan naik sehingga ke MA 200 atau ke paras harga RM 0.335 - RM 0.350.
- Kemudian harga akan turun membuat pullback dahulu.
- Pullback ini perlu diberi perhatian:
1) Jika SYSTECH jatuh dan mampu bertahan di atas invalidation level pada paras harga RM 0.200, harga berpotensi menuju ke major wave 3 iaitu 161.80% (1.618 kali ganda) daripada major wave 1 iaitu pada paras harga RM 0.675.
- Jika SYSTECH tidak mampu bertahan di atas invalidation level ini, harga berkemungkinan membuat minor wave Z (triple three) dan berkemungkinan kenaikan sekarang ini cuma technical rebound atau dead cat bounce untuk melengkapkan minor wave X.

Analisis Fundamental:
- Secara overall, keuntungan dan perolehan (revenue) SYSTECH merosot untuk QoQ masing-masing sebanyak -1008.43% dan -18.53% serta YoY sebanyak -165.73 dan -19.33%.
- Untuk empat quarters terkini, revenue SYSTECH meningkat tetapi tidak mencatakan keuntungan malah membuat kerugian yang lebih besar.
- SYSTECH konsisten memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya untuk tiga tahun berturut dengan pembahagian yang sama nilainya iaitu 0.2 sen sesaham.

Nota kaki:
------------Umum------------
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Dead cat bounce / Technical rebound = Kenaikan bersifat sementara sebelum harga membuat kejatuhan.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.

------------Elliott Wave------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
1⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam idea analisis. Oleh itu, idea ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh abaikan bahagian 'Elliott Wave'.

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Note
snapshot
Note
Alternatif: Berkemungkinan juga major wave 2 adalah double three (W-X-Y) dengan struktur flat - triangle - zigzag. Menggunakan idea alternatif ini, SYSTECH dilihat masih belum selesai melengkapkan super sub minor wave 4. Berkemungkinan harga akan naik untuk melengkapkan super sub minor wave 4 (tidak melebihi paras invalidation level) dahulu sebelum turun melengkapkan super sub minor wave 5 yang juga merupakan major wave 2. Jika harga terus naik melebihi paras invalidation level (RM 0.245), kiraan ini akan terbatal.
Bullish DivergencedeadcatbounceDivergencedoublethreeElliott WaveFundamental Analysisma200systechthreeoutsideupTrend Analysiswave2wave3

Also on:

Disclaimer